ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - SAMAN



Seksyen 23. Bentuk saman.

(1) Tiap-tiap tindakan hendaklah dimulakan dengan saman di dalam Borang 2 yang ditetapkan.

(2) Penyata tuntutan hendaklah dicatat di belakang saman dan hendaklah mematuhi kehendak seksyen 52.

(3) Jika penyata tuntutan itu terlalu panjang, sehingga tidak dapat dicatatkan kesemua penyata tuntutan itu di belakang saman ianya boleh disambung di dalam kertas berasingan yang dilampirkan kepada saman itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.