ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 101. Mahkamah akan memutuskan bila soalan hendak ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab.

(1) Jika apa-apa soalan adalah berhubungan dengan sesuatu perkara yang tak relevan dengan guaman atau prosiding, kecuali setakat yang soalan itu menyentuh kebolehpercayaan saksi dengan mencela wataknya, maka Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, jika difikirkannya bahawa saksi itu tidak patut menjawab soalan itu, mengingatkan saksi itu bahawa dia tidak terpaksa menjawabnya.

(2) Pada menjalankan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah memberi perhatian atas perkara yang berikut:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.