ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 80. Beban membuktikan masih hidup orang yang telah tidak didengari apa-apa khabar selama 4 tahun.

Tertakluk kepada peruntukan Hukum Syarak dan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabarnya sekiranya dia masih hidup, beban membuktikan bahawa dia masih hidup berpindah kepada orang yang mengesahkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.