ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN II - PERUNTUKAN AM TENTANG MAHKAMAH JENAYAH
Seksyen 7. Bidang kuasa jenayah Hakim
Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk—
(a)
mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;
(b)
menyiasat aduan tentang kesalahan dan memanggil dan memeriksa saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan menangkap dan mengeluarkan waran bagi penangkapan penjenayah dan pesalah dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;
(c)
mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya apa-apa barang atau benda yang dengannya atau mengenainya apa-apa kesalahan telah dilakukan dikatakan ada disimpan atau disembunyikan;
(d)
menghendaki orang memberikan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan
(e)
melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang Hakim diberi kuasa untuk melakukannya oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.