ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG



Seksyen 108. Wakaf dan nazar.


Sungguhpun ada mana-mana peruntukan yang berlawanan terkandung di dalam mana-mana suratcara atau surat perisytiharan yang menubuhkan, mengawal atau yang menyentuh perkara yang sama, maka Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, bagi semua nazar am, dan semua amanah-amanah yang berbagai jenis yang menubuhkan amanah khairat untuk membantu dan memajukan Ugama Islam atau untuk faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syara' setakat mana, mana-mana harta yang tersentuh olehnya dan yang berada di dalam Negeri Pahang dan di mana seorang penduduk atau seorang yang lain yang membuat amanah itu, wakaf atau nazar am itu telah bermastautin dalam Negeri Pahang setakat mana semua harta-harta yang tersentuh olehnya di mana-mana sahaja ianya berada.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.