ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN VI - MASJID
Seksyen 95. Tauliah.
(1) Setiap orang yang dilantik menjadi Imam, Khatib, Bilal dan Siak termasuk setiap orang yang disifatkan sebagai telah dilantik di bawah subseksyen 4 seksyen 93 hendaklah diberi tauliah oleh Majlis.
(2) Setiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa dan tugas sebagaimana ditetapkan dalam tauliah mereka masing-masing.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.