ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Kekecualian prerogatif.

Melainkan dinyatakan dengan jelas di dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak kedaulatan dan kuasa-kuasa istimewa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Negeri Pulau Pinang, sebagaimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.