ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXII - MENGHINA MAHKAMAH



Seksyen 235. Notis menunjukkan sebab.

(1) Jikalau penghinaan itu dilakukan di hadapan Mahkamah, Mahkamah tidak perlu memberi notis untuk menunjukkan sebab tetapi Mahkamah hendaklah menentukan bahawa orang yang dikatakan menghina Mahkamah itu faham maksud kesalahan yang ditohmahkan terhadapnya dan diberi peluang untuk membela dirinya dan Mahkamah hendaklah membuat catatan yang teratur mengenai prosiding itu.

(2) Dalam semua kes-kes menghina Mahkamah yang lain, notis menunjukkan sebab mengapa pesalah tidak dipenjarakan di penjara sivil atau didenda hendaklah disampaikan sendiri kepada pesalah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.