ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X - PERBICARAAN



Seksyen 97. Kuasa untuk memberikan pampasan.

Jikalau dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan orang yang dituduh dan berpendapat bahawa aduan, maklumat atau pertuduhan itu adalah sia-sia sahaja atau hanya untuk menyusahkan orang ia bolehlah atas budibicaranya, sama ada atas permintaan orang yang dituduh itu atau atas usulnya sendiri, memerintahkan pengadu atau orang yang membuat aduan atau memberi maklumat itu membayar kepada orang yang dituduh atau kepada tiap-tiap orang atau mana-mana juga orang yang dituduh sekirannya lebih daripada seorang, wang pampasan sedemikian yang tidak lebih daripada lima ratus ringgit, sebagaimana Mahkamah fikir patut:

Dengan syarat bahawa Mahkamah -





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.