ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
BILA PENDAPAT ORANG KETIGA RELEVAN
Seksyen 37. Bila pendapat tentang kelaziman akidah, dsb.
Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang -
(
a
) kelaziman dan akidah mana-mana kumpulan orang atau keluarga;
(
b
)
penubuhan dan pentadbiran mana-mana yayasan agama atau khairat; atau
(
c
)
perkataan atau terma yang digunakan dalam daerah tertentu atau oleh golongan orang tertentu,
pendapat orang yang mempunyai cara pengetahuan khas mengenainya adalah fakta relevan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.