ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 47. Perceraian khul' atau cerai tebus talaq.
(1)
Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan
talaq
dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai cara penebusan atau cerai tebus
talaq,
Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus
talaq
dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perecraian dengan cara penebusan, dan perceraian itu adalah
ba-in-sughra
atau tak boleh diruju'kan lagi.
(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus
talaq
itu dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui sah kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.
(3) Jika jumlah bayaran tebus
talaq
tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Undang-Undang Islam dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.
(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana yang diarahkan, atau jika ternampak kepada Mahkamah bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.