ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 98. Laporan tahunan.

Majlis hendaklah menyebabkan supaya akaun-akaun Baitulmal yang lengkap dan betul disimpan dan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun mengeluar dan menyiarkan di dalam Warta suatu laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Majlis bagi tahun terdahulu, bersama-sama dengan satu kunci kira-kira Baitulmal sebagaimana pada 31 haribulan Disember, suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu dan satu senarai hartabenda-hartabenda dan pelaburan-pelaburan Baitulmal yang menunjukkan kosnya, jika dibeli, dan nilai yang dianggarkan pada 31 haribulan Disember.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.