ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 61. Tempat Nikah.


(1) Tiap-tiap perkahwinan hendaklah diakadkan di dalam kariah masjid, tempat kediaman bakal pengantin perempuan itu:

Dengan syarat bahawa seorang Pendaftar yang mempunyai kuasa dalam kariah itu dengan sebab-sebab yang munasabah boleh memberi kebenaran bagi sesuatu perkahwinan itu diadakan di tempat yang lain.

(2) Tiap-tiap perkahwinan hendaklah didaftarkan dan bayaran yang ditentukan berkenaan denganya hendaklah dibayar di tempat diakadkan perkahwinan itu dan Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Akuan Nikah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.