ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap
Seksyen 32. Bentuk waran tangkap.
(1)
Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Ordinan ini hendaklah mengikut Borang 3 Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai Mahkamah.
(2) Tiap-tiap waran itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.