ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 57. Prosedur di mana kesalahan boleh tangkap disyaki.

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seorang Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan serta-merta menghantarkan laporan mengenainya kepada Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah terus pergi sendiri atau mewakilkan seorang daripada pegawai bawahannya untuk terus pergi ke tempat kejadian itu untuk menyiasat fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil langkah-Iangkah yang perlu bagi menemui pesalah itu:

Dengan syarat bahawa-
(2) Dalam setiap kes yang disebutkan dalam perenggan (a) dan (b), Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya itu, jika ada, sebab-sebab dia tidak mematuhi dengan sepenuhnya subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.