ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 216. Tidak menghiraukan titah perintah mengenai awal Ramadan dan dua Hari Raya.

Barang siapa mengingkari atau tidak menghiraukan titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan awal puasa Ramadan atau Hari Raya Fitrah atau Hari Raya Haji adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.