ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - KECUALIAN AM



Seksyen 50. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang, atau yang oleh sebab kesilapan fakta yang bukan kesilapan undang-undang dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai justifikasi di sisi undang-undang untuk melakukan yang demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.