ENAKMEN 9 TAHUN 1980
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1979

BAHAGIAN II - AM



Sekyen 7. Pendaftar dan Penolong Pendaftar.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, setelah menimbangkan nasihat Majlis melantik seorang yang layak sebagai Pendaftar Mahkamah dan beberapa orang lain sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah.

(2) Perlantikan ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Pendaftar hendaklah, selain daripada mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang dinyatakan dalam mana-mana Undang-undang bertulis lain atau yang difikirkan patut oleh Kadi Besar diberi kepada atau dikenakan ke atasnya, mempunyai semua kuasa dan tugas yang perlu bagi menjalankan pentadbiran Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.