ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 135. Pemberhentian pemakaian Undang-undang Pentadbiran Hukum Syara' 1960.

(1) Bahagian VI, VII, seksyen 147, 148, 152 dan 153 Bahagian IX Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syara' 1960 [15/60] bagi Negeri Sembilan yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan hendaklah terhenti daripada terpakai.

(2) Pemberhentian pemakaian peruntukan-peruntukan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak menyentuh perjalanan kuatkuasa masa dahulu peruntukan-peruntukan itu atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yang diperolehi terakru atau ditanggung di bawahnya.

(3) Segala prosiding yang telah dimulakan di bawah peruntukan-peruntukan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah masih lagi berterusan seolah-olah Enakmen itu tidak diluluskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.