ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM
Seksyen 106. Keupayaan untuk memeluk agama Islam.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan
--
(a)
sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b)
jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan secara bertulis pemelukan agama Islam olehnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.