ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 100. Hartabenda wakaf dan zakat.

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas daripada 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun Majlis hendaklah menyedia, mengeluar dan menyiarkan di dalam Warta satu senarai semua hartabenda-hartabenda, pelaburan-pelaburan dan aset yang terletakhak kepada Majlis tertakluk kepada mana-mana amanah, wakaf atau nazar, dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.