ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 4 - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 101. Pemindahan kes.

Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dalamnya ternyata pada mana-mana peringkat prosiding bahawa kerana apa-apa sebab, maka kes itu iaIah suatu kes yang, pada pendapat Hakim itu, patut dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, atau jika sebelum atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, maka Hakim itu hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah merekodkan perintah itu pada prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.