ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TAK BERKEUPAYAAN
Seksyen 30. Defendan belum dewasa mencapai umur dewasa.
Jika seseorang defendan belum dewasa mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada dia atau penjaga
ad litem
nya boleh memfailkan afidavit bagi membuktikan kedewasaan itu dan sesudah itu tajuk prosiding itu hendaklah dipinda, dan penjaga
ad litem
itu hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa soal mengenai kos yang disebabkan oleh kecuaian atau salah laku penjaga itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.