ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA KADI



Seksyen 75. Menolak aduan.

(1) Kadi yang di hadapannya sesuatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika setelah memeriksa pengaduan itu dan merekodkan pemeriksaan dan menimbangkan hasil siasatan itu, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen terdahulu daripada seksyen ini, yang pada pendapatnya tiada alasan-alasan yang mencukupi untuk diadakan pembicaraan.

(2) Kadi itu, jika dia menolak aduan itu, hendaklah merekodkan sebab-sebab dia berbuat demikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.