ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 77. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.

(1) Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi mempastikan kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Nafkah yang ditanggung di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu diambil balik oleh bapa atau ibunya.

(3) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki dalam menanggung nafkah seseorang kanak-kanak sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1) boleh dituntut daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.