ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 9. Cara membuat tangkapan.

(1) Pada membuat sesuatu penangkapan Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah sebenarnya menyentuh atau mengurung badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang itu menyerah dirinya sama ada dengan perkataan atau perbuatan.

(2) Jika orang itu dengan kekerasan menentang usaha untuk menangkapnya atau cuba mengelakkan tangkapan itu maka pegawai atau orang lain itu boleh menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberi hak untuk menyebabkan kematian mana-mana orang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.