ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA



Seksyen 53. Kuasa menyiasat.


(1) Mana-mana Merinyu Ugama berkuasa menyiasat kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 49 setelah menerima aduan yang munasabah kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 50 atas maklumat yang boleh dipercayai atau selepas ianya sendiri membuat tangkapan di bawah seksyen 51.

(2) Seorang Merinyu Ugama yang menjalankan penyiasatannya di bawah seksyen ini boleh menyoal dengan secara lisan sesiapa sahaja yang dipercayai mengetahui akan apa-apa hal berkaitan dengan kes itu dan hendaklah mencatatkan apa-apa kenyataan yang dibuat atau diberi oleh orang yang disoal itu;

(3) Seseorang yang disoal itu hendaklah menjawab semua soalan berkenaan dengan kes itu;

Dengan syarat ia boleh menolak dari menjawab mana-mana soalan juapun jika jawapan pada soalan-soalan itu ada kemungkinan akan memdedahkan ianya kepada satu tuduhan jenayah;

(4) Seseorang yang membuat kenyataan di bawah seksyen ini adakah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenarnya sama ada kenyataan itu adalah hasil sepenuhnya atau tidak dari soalan-soalan Merinyu Ugama itu;

(5) Seseorang Merinyu, Ugama yang hendak menyoal sesiapapun di bawah seksyen-kecil (2) hendaklah, terlebih dahulu sebelum memulakan soalannya memaklumkan kepada orang yang hendak disoal itu akan peruntukan seksyen-kecil (3) dan (4).





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.