ENAKMEN 11 TAHUN 1981
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN UGAMA BUKAN ISLAM 1981


Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini-

"Negeri" ertinya Negeri Kelantan;

"Pegawai bertauliah" ertinya pegawai awam yang bertauliah di bawah seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini;

"terbitan" ertinya apa-apa buku, majalah, pamphlet, risalah, atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa-apa bentuk keluarannya, dan termasuklah apa-apa bahan rakam suara;

"ugama bukan Islam" ertinya ugama Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi, atau apa-apa virasi, varsi, bentuk, atau cabang mana-mana ugama tersebut, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideoloji, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunian, yang mana salah satu daripada sifat-sifatnya ialah penyembahan sesuatu wujudan atau kuasa spiritual atau sakti, sama ada benar-benar ada atau disangka ada, atau yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian kebijaksanaan spiritual, keselamatan spiritual, atau kewujudan spiritual, iaitu suatu pegangan, ideoloji, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunian yang tidak diakui oleh ugama Islam sebagai berunsur Islam.

(2) Bagi maksud Enakmen ini, sesuatu terbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai ugama bukan Islam jika ia adalah, atau mengandungi apa yang kepada penganut-penganut atau anggota-anggota ugama itu sebagai suatu buku suci atau buku asas, atau salah satu daripada teks-teks penting, ugama itu atau jika pada intipatinya ia adalah suatu terbitan yang-

(3) Walaupun sesuatu terbitan itu adalah terbitan mengenai ugama bukan Islam dengan sebab ia termasuk di bawah perenggan (a), (b) atau (c) seksyen kecil (2), ia tidaklah menjadi perkara sesuatu kesalahan dl bawah Enakmen ini jika terbitan itu pada keseluruhannya adalah untuk kepentingan atau bagi faedah ugama Islam atau kepentingan atau faedah umat Islam sebagai umat Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.