ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 123. Nikah Fasid atau Nikah Tidak Sah.

(1) Apabila didapati sebarang nikah fasid atau nikah yang tidak sah mengikut Hukum Syarak Mahkamah hendaklah menjalankan penyiasatan dan memberikan keputusannya.

(2) Jika nikah yang seperti ini telah berlaku dan surat akuan nikah sudah dikeluarkan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya surat nikah diserahkan kepadanya untuk dibatalkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.