ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM
Seksyen 117. Keupayaan untuk memeluk agama Islam.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan –
(a)
sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b)
jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.