ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 17. Takrif Iqrar.

(1) Iqrar ialah kenyataan seseorang tentang sesuatu hak orang lain ke atasnya yang dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan di dalam mana-mana keadaan yang disebutkan kemudian.

(2) Iqrar yang dibuat di luar Mahkamah hanya boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi adil.

(3) Iqrar wakil dalam pembicaraan bagi pihak orang yang memberi wakil yang dibuat di hadapan Hakim Syariah adalah layak diterima.

(4) Iqrar dalam kes zina adalah layak diterima jika dibuat di hadapan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.