ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 110. Pernyataan-pernyataan dahulu oleh saksi boleh dibuktikan untuk menyokong testimoni yang kemudian mengenai fakta yang sama.

Bagi menyokong testimoni seseorang saksi, sesuatu pernyataan dahulu yang dibuat olehnya sama ada secara bertulis atau lisan, atas sumpah atau dalam percakapan biasa berkenaan dengan fakta yang sama atau lebih kurang pada waktu fakta itu telah berlaku, atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang kompeten di sisi undang-undang menyiasat fakta itu, boleh dibuktikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.