ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006


JADUAL KEDUA
[(Subseksyen 8(3)]

1. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 8 boleh disifatkan sebagai membenarkan Majlis membuat perintah untuk menubuhkan apa-apa perbadanan yang mempunyai apa-apa kewajipan, kuasa atau hak yang bukan daam kewajipan, kuasa atau hak Majlis di bawah Enakmen ini.

2. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Enakmen ini, apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 8 adalah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuatkuasa bagi segala maksud seolah-olah perintah itu terkandung dalam Enakmen ini.

3. Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah apa-apa perintah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah seksyen 8.

4. Majlis hendaklah menyimpan satu daftar bagi semua perbadanan yang ditubuhkan o!ehnya di bawah seksyen 8 dan daftar itu bersekali dengan salinan-salinan semua perintah yang dibuat di bawah seksyen itu hendaklah terbuka kepada pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Majlis.

5. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, melalui perintah yang disiarkan dan Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2) Apabila mana-mana perbadanan terbubar di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu, setelah dibayar segala liabiliti, hendaklah berpindah kepada dan terletakhak pada Majlis.

(3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan cara yang ditetapkan oleh Majlis.

6. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8-
7. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mengandungi suatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi perbadanan itu bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan.

(3) Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah berada dalam jagaan orang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan segala suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai tersebut, dan yang disahkan seperti yang disebut terdahulu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(4) Apa-apa dokumen atau suratcara, yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dibuat di bawah meterai, boleh disempurnakan oleh perbadanan dengan cara yang sama.

(5) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.