ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
RELIF-RELIF LAIN



Seksyen 111. Kuasa Mahkamah membatalkan dan menahan pelupusan yang bermaksud untuk mengecewakan tuntutan nafkah.

(1) Jika-

(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini-

"harta" ertinya apa-apa jenis harta, alih atau tak alih, dan termasuklah wang;

"pelupusan" termasuklah sesuatu penjualan, pemberian, pajakan, gadai janji, atau apa-apa transaksi lain yang dengannya pemunyaan atau pemilikan harta itu adalah dipindahmilik atau dibebankan tetapi tidak termasuk sesuatu pelupusan yang dilakukan kerana wang atau sesuatu bernilai wang kepada atau untuk faedah seseorang yang bertindak dengan suci hati dan dengan tidak mengetahui tujuan pelupusan itu dilakukan.

(3) Kemungkinan mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.