ENAKMEN 10 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SAPINA



Seksyen 105. Meminda sapina.

Jika terdapat kesilapan pada nama atau alamat mana-mana orang dalam sesuatu sapina, dan jika sapina itu belum lagi disampaikan, pihak yang atas permintaannya sapina itu dikeluarkan boleh dengan cara memfailkan permintaan kali kedua di bawah subseksyen 102 (1) meminta supaya sapina itu dimeteraikan semula mengikut bentuk yang betul dengan dicatatkan dengan perkataan "Dipinda dan dimeterai semula".




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.