ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XV - PEMBEBASAN ATAU SABITAN YANG DAHULU
Seksyen 131. Akuan dari satu pembebasan atau sabitan dahulu.
(1) Akuan di atas satu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah dikemukan sama ada secara lisan atau bertulis dan boleh di dalam bentuk atau bermaksud seperti berikut-
"Yang dituduh berkata bahawa di bawah seksyen 130 Kanun ini, ia adalah tidak boleh dibicarakan."
(2) Akuan di atas boleh dikemukakan bersama dengan mana-mana akuan lain, tetapi persoalan yang ditimbulkan oleh akuan itu hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum persoalan yang ditimbulkan oleh akaun lain itu dibicarakan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.