ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN III - KETIDAKSAHAN WASIAT



Seksyen 14. Benefisiari yang menyebabkan kematian pewasiat tidak berhak kepada wasiat.

Sesuatu wasiat menjadi tidak sah jika benefisiari dengan sengaja menyebabkan kematian pewasiat, secara langsung atau tidak langsung, sama ada dia bertindak sebagai prinsipal, rakan sejenayah atau pensubahat, atau menjadi seorang saksi palsu yang testimoni menyebabkan hukuman mati ke atas pewasiat dilaksanakan:

Dengan syarat bahawa pembunuhan itu dilakukan tanpa hak atau keuzuran syarie dan benefisiari sempurna akal dan telah mencapai umur matang menurut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.