ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA



Seksyen 52. Tindakan selepas tangkapan tanpa waran.


(1) Seseorang yang telah ditangkap dengan tidak berwaran itu hendaklah, dengan tidak membuang masa yang perlu, dalam masa dua puluh empat jam sejak tangkapan itu dibuat tidak masuk masa yang mustahak untuk membuat perjalanan itu, dibawa atau dihantar ke hadapan Mahkamah yang berhampiran sekali.

(2) Apabila seseorang itu sampai berhadapan mana-mana Mahkamah mengikut seksyen-kecil (1) Mahkamah itu boleh melepaskannya atas jaminan sama ada dengan wang atau dengan mengikat jamin sama ada dengan beberapa penjamin atau tidak untuk menjamin kehadirannya di mana-mana Mahkamah Kadi jika dikehendaki atau boleh mengarahnya untuk ditahan dalam jagaan sehingga selesai pembicarannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.