ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XVI - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 133. Bila ansuran kena dibayar.

Jika apa-apa perintah dibuat bagi pembayaran secara ansuran dalam suatu bulan tertentu, ansuran itu hendaklah, jika tiada apa-apa arahan sebaliknya, disifatkan kena dibayar pada hari pertama bulan berikutnya dan pada hari pertama dalam setiap bulan yang berturutan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.