ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 230. Hukum Syarak
(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tak konsisten dengan
Hukum Syarak
hendaklah terbatal setakat yang tak konsisten itu.
(2) Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai
Hukum Syarak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.