ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relief-relief Lain



Seksyen 110. Injunksi terhadap gangguan.

(1) Mahkamah adalah berkuasa dalam masa prosiding hal-ehwal suami-isteri masih belum selesai atau pada atau selepas pemberian sesuatu perintah perceraian, fasakh, atau pembatalan, memerintahkan seseorang menahan dirinya daripada mengganggui atau menceroboh, dengan apa-apa cara pun ke atas suami atau isteri atau bekas suami atau bekas isterinya atau keluarga mana-mana satu pihak.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.