ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 22. Bagaimana tindakan terhadap orang telah ditangkap dan tahan yang lebih dua puluh empat jam.


(1) Seorang Penyelia Agama atau Pegawai Polis yang menangkap orang tanpa waran di bawah Enakmen ini hendaklah dengan tidak berlenggah-lenggah lagi dan tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan di dalam Enakmen ini mengenai jaminan atau kelepasan yang terdahulu, membawa atau menghantarkan orang yang ditangkap itu ke Mahkamah Qahdi.

(2) Penyelia Ugama atau Pegawai Polis tidak boleh menahan seseorang yag ditangkap tanpa waran lebih masa yang patut dengan menimbangkan semua keadaan yang munasabah terhadap kes itu.

(3) Masa yang patut itu hendaklah tidak melebihi dua puluh empat jam tanpa dikirakan masa yang perlu untuk perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah Qadhi.

(4) Apabila seseorang yang ditangkap dikemukakan dihadapan Mahkamah, maka Mahkamah itu boleh terus mendengar pertuduhan terhadap orang itu atau mengukuhkan kes itu.

(5) Jika pertuduhan terhadap orang yang dituduh itu ditangguhkan, maka orang itu hendaklah, kecuali ia dibebaskan dengan jaminan, ditahan dalam penjara atau jagaan polis dengan suatu waran tahan yang dikeluarkan oleh seorang Qahdi di dalam Borang 2A daripada Jadual Pertama.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.