ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XI
Peruntukan-Peruntukan Am Berkenaan dengan Perbicaraan



Seksyen 105. Mahkamah bolehlah mengemukakan soalan-soalan kepada yang dituduh.

(1) Untuk tujuan membolehkan orang yang dituduh itu menerangkan mengenai apa-apa keadaan yang nyata yang menjadi keterangan terhadapnya. Mahkamah bolehlah pada mana-mana peringkat perbicaraan itu, tanpa memberi amaran terlebih dahulu kepada orang yang dituduh, mengemukakan soalan-soalan kepadanya sebagaimana yang Mahkamah fikirkan mustahak.

(2) Jawapan yang diberikan oleh orang yang dituduh bolehlah dipertimbangkan dalam perbicaraan itu dan dijadikan sebagai keterangan bagi atau terhadapnya dalam mana-mana jua perbicaraan kerana sebarang kesalahan lain yang mana jawapan itu menunjukkan dia telah melakukannya.

(3) Pemeriksaan orang yang dituduh itu hendaklah bertujuan untuk membolehkan dia menerangkan sebarang keadaan yang nampaknya menjadi keterangan terhadapnya dan hendaklah tidak boleh menjadikan sebagai pemeriksaan am di atas apa-apa yang dicadangkan dengan sendirinya kepada Mahkamah.

(4) Budi bicara yang diberikan melalui seksyen ini untuk menyoal seseorang yang dituduh tidaklah boleh dijalankan dengan tujuan mendorongkannya memberi pernyataan-pernyataan yang melibatkan dirinya sendiri.

(5) Budi bicara itu hanyalah boleh digunakan untuk menentukan daripada orang yang dituduh itu bagaimana dia boleh menentang fakta-fakta yang diterangkan dalam keterangan terhadapnya supaya fakta-fakta itu tidak boleh menekannya jika tidak diterangkan.

(6) Soalan-soalan tidaklah boleh dikemukakan kepada orang yang dituduh semata-mata untuk menyokong kes pendakwaan bila mana ia terdapat kecacatan.

(7) Apabila orang yang dituduh diperiksa di bawah seksyen ini oleh Mahkamah, maka semua pemeriksaan itu termasuk tiap-tiap soalan yang dikemukakan kepadanya dan tiap-tiap jawapan yang diberikan olehnya hendaklah dicatatkan dengan sepenuhnya, dan catatan itu hendaklah ditunjuk atau dibacakan kepadanya atau jika dia tidak faham bahasa yang digunakan hendaklah ditafsirkan atau diterangkan kepadanya dalam bahasa atau isyarat yang dia boleh faham dan dia adalah bebas menerangkan atau menambah kepada jawapan-jawapan itu.

(8) Apabila keseluruhan perkara itu telah menepati dengan apa yang dikatakan oleh orang yang dituduh sebagai benar maka rekod itu hendaklah ditandatangani oleh Hakim yang membicarakannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.