ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 124. Tidak membuat laporan.

(1) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan di bawah Enakmen ini dan ia bersengaja cuai atau tidak berbuat demikian maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Jika seseorang berkewajipan membuat sesuatu laporan atau dikehendaki mengemukakan sesuatu permohonan di bawah Enakmen ini atau dikehendaki memberi sesuatu maklumat atau menyempurnakan atau menandatangani apa-apa dokumen yang perlu di sisi undang-undang bagi maksud melaksanakan pendaftaran dokumen itu dan ia bersengaja cuai atau tidak membuat laporan itu atau mematuhi kehendak itu maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(3) Jika seseorang memberi secara lisan atau bertulis kepada Pendaftar pernyataan atau akuan yang salah berkaitan dengan mana-mana perkara yang hendak direkod atau didaftarkan oleh Pendaftar mengikut sebagaimana yang dikehendaki di dalam peruntukan Enakmen ini hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.