ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN XXIII - PERINTAH SEMENTARA MENGENAI HARTA
Seksyen 174. Perintah perlindungan.
(1) Dalam mana-mana tindakan mengenai kontrak atau untuk pemulangan mana-mana harta alih jika tuntutan plaintif telah dibuktikan secara
prima facie
dan defendan mempunyai pembelaan atau menuntut
lien
, Mahkamah boleh membuat perintah penyerahan, perlindungan atau penjagaan mana-mana harta alih yang menjadi perkara pertikaian, atau pembayaran kepada Mahkamah apa-apa jumlah yang dipertikaikan atau kedua-duanya seperti yang difikirkan patut.
(2) Seksyen ini hendaklah dipakai
mutatis mutandis
yang perlu kepada tuntutanbalas.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.