ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 45. Sijil faraid.

Jika dalam masa prosiding yang berkaitan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pesaka seorang simati Islam, sesuatu mahkamah atau pihak berkuasa selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, adalah ditugaskan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pesaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepada orang itu masing-masing berhak, Mahkamah Syariah boleh atas permintaan mahkamah atau pihak berkuasa itu, atau atas permohonan daripada mana-mana orang yang mendakwa sebagai waris atau wakilnya dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengesahkan fakta-fakta dalam perkara itu dan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak atas bahagian harta pesaka dan mengenai bahagian yang mereka berhak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.