ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Dokumen yang Dikeluarkan oleh Komputer



Seksyen 75. Seksyen 73 dan 74 terpakai walau apa pun peruntukan lain mana-mana undang-undang bertulis

Peruntukan seksyen 73 dan 74 hendaklah terpakai walau apa pun peruntukan yang tak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemerakuan, pengeluaran atau pencabutan dokumen atau dalam apa-apa rukun undang-undang atau amalan yang berhubungan dengan pengemukaan, penerimaan, atau pembuktian, keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah atau mal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.