ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN II - BUKTI
BAB III - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 44. Fakta yang Mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman.

(1) Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai fakta yang berikut atau mana-mana bahagiannya-

(2) Dalam semua hal ini, dan juga mengenai semua perkara berkenaan dengan sejarah awam, sastera, sains atau seni, Mahkamah boleh mendapatkan bantuan daripada buku-buku atau dokumen-dokumen rujukan yang sesuai.

(3) Jika Mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberi pengiktirafan berkenaan dengan apa-apa fakta, Mahkamah boleh enggan berbuat demikian itu melainkan dan sehingga orang itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen sebagaimana yang Mahkamah fikirkan perlu bagi membolehkan ia berbuat demikian.

(4) Bagi maksud peruntukan subseksyen (1) (d) Sultan termasuklah Raja dan Yang di-Pertuan Besar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.