ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 24. Bertindak dalam perkara tergempar.

(1) Dalam apa-apa perkara tergempar, Yang di-Pertua boleh membuat atau mengarahkan dibuat bagi pihak Majlis apa-apa perbuatan atau perkara yang boleh dibuat dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika sesuatu perbuatan atau perkara itu dibuat mengikut subseksyen (1) suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh seminggu selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan perbuatan atau perkara yang dibuat itu, dan jika Majlis enggan meratifikasikan dan mengesahkan perbuatan atau perkara yang dibuat itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan di atas perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.