ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Perfakta Oleh Orang Yang Tidak Boleh Dipanggil Sebagai Saksi



Seksyen 21. Kerelevanan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding kemudiannya tentang kebenaran fakta yang tersebut di dalamnya.

Keterangan yang diberi oleh seseorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan seseorang yang diberi kuasa oleh undang-undang mengambil keterangan itu, adalah qarinah bagi maksud membuktikan dalam suatu prosiding kehakiman kemudiannya, atau pada suatu peringkat yang terkemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tak upaya memberi keterangan, atau dihalang memberi keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah, tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa-
Huraian-Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding di antara pendakwa dengan tertuduh dalam pengertian seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.